Download App
Get our app via:
qr-code (3).png
  • google-play.png
  • app-store.png
  • app-gallery.png
Find a Store Blog
Stores
0
MY Bag
Share

Pernah tak rasa tekak gatal dan perit sampai hilang selera nak makan, minum pun rasa tak lepas, tidur pun terganggu? 😩Haa, admin pun pernah lalui benda ni… Nak sembang dengan member pun terus tak ada mood! Walaupun sakit tekak ini selalunya bukanlah masalah besar, tapi ia cukup untuk mengganggu rutin harian kita. Jadi, dalam artikel ni jom kita ketahui lebih lanjut tentang punca, gejala dan cara paling berkesan untuk legakan sakit tekak dengan cepat.

Apakah Penyebab Sakit Tekat?

Sakit tekak bukan sekadar akibat selesema je tau. Seperti yang boleh dilihat di atas, ia juga boleh jadi akibat jangkitan, alahan, udara kering, atau terlebih guna suara. Walaupun sakit tekak boleh datang daripada pelbagai punca, jangan risau sebab berita baiknya adalah banyak cara rawatan rumah yang mudah boleh bantu legakan semuanya!

Mengenali Gejala Sakit Tekak

Gejala-gejala sakit tekak yang biasa termasuk:

  1. Kesakitan atau kerengsaan, terutama ketika menelan atau bercakap
  2. Rasa gatal, kering, atau terbakar di tekak
  3. Kelenjar bengkak di leher atau bawah dagu
  4. Kemerahan atau tompok putih pada tonsil
  5. Keletihan umum atau sakit badan
  6. Sakit telinga atau sakit sendi (jika lebih teruk)
  7. Sesetengah orang mungkin juga akan mengalami suara serak atau demam ringan

Biasanya sakit tekak yang disebabkan virus akan pulih dalam masa 2 hingga 7 hari. Ada juga sakit tekak perlu dirawat segera, terutamanya jika disebabkan oleh jangkitan bakteria atau masalah lain yang lebih serius. Kalau anda mengalami sakit tekak berpanjangan, kami menyarankan anda dapatkan nasihat doktor dengan segera.

Cara Menghilangkan Sakit Tekak

Terdapat pelbagai cara untuk melegakan sakit tekak dan segelintirnya merupakan kaedah rawatan di rumah.

1. Berkumur dengan Air Garam

Campurkan 1 sudu garam dengan 1 cawan air suam dan berkumur beberapa kali sehari. Garam akan membunuh bakteria, mengeluarkan bahan iritan, dan mengurangkan bengkak pada tekak kita.

2. Mengambil Makanan Atau Minuman Sejuk

Makanan atau minuman sejuk seperti air sejuk, aiskrim dan ais kiub boleh mengurangkan kesakitan tekak dengan bertindak sebagai agen kebas sementara untuk mengurangkan ketidakselesaan.

3. Madu

Madu adalah ramuan yang telah lama digunakan untuk melegakan sakit tekak. Menurut Abuelgasim et al. (2020), madu bukan sahaja memperlahankan penyebaran rintangan antimikrob, malah juga mengandungi antioksidan yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.

🍯Tip: Campur satu sudu madu dalam air suam, tekak terus rasa lega 😌

4. Minum Air Kunyit

Kunyit mengandungi kurkumin yang mempunyai sifat anti-radang semula jadi yang membantu mengurangkan keradangan pada tekak. Campurkan separuh sudu serbuk kunyit dalam secawan air panas (bancuh teh kunyit pun boleh!) dan minum perlahan-lahan.

5. Gunakan Alat Pelembap Udara (Humidifier)

Udara kering boleh buat tekak rasa gatal dan perit. Bila kelembapan rendah, air liur cepat kering dan menyebabkan ketidakselesaan. Gunalah humidifier untuk kekalkan kelembapan dan elakkan batuk kering.

6. Gula-Gula Sakit Tekak (Lozen)

Lozen ialah gula-gula kecil berubat dengan pelbagai perisa untuk melagakan sakit tekak buat sementara waktu. Jenama popular seperti Strepsils & Difflam sering digunakan bila tekak mula rasa perit ataupun gatal. Untuk kesan maksimum, hisap lozen perlahan dan biarkan ia larut dalam mulut.

7. Ambil Vitamin C

Vitamin C membantu menguatkan sistem imun dan menyokong keupayaan badan untuk melawan jangkitan.

Sakit Tekak Masih Berterusan?

Kalau sakit tekak masih berterusan atau makin teruk, ubat tanpa preskripsi boleh bantu beri kelegaan:

💊 Paracetamol atau ibuprofen untuk mengurangkan keradangan.
💊 Semburan tekak atau semburan mulut untuk melegakan ketidakselesaan.

Previous

Hair removal cream - Is it better than shaving?

Related Topics
Share
*/?>